Followers

Thursday, July 11, 2013

UKHWAH SESAMA KITA.


Alhamdulillah, rasa puji dan syukur ke hadrat Allah SWT  kerana dengan izinNya jua kita dapat lagi meneruskan kehidupan disamping melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Mudah-mudahan dengan segala kekuatan, kita dapat melaksanakan semua amanah dengan sempurna. InShaAllah….

Sebelum jauh tangan menaip, sebelum jauh minda mencanai,sudilah kiranya perkataan “UKHWAH” itu ditafsir. Ukhwah bermaksud, dari segi bahasa:

Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran- Perasaan kasih sayang,tolong menolong,bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah SWT berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Menurut hadis “Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri”.Rasulullah SAW bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah SAW bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.” 

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Maksud UKHWAH sudah jelas bahawa ianya satu pertautan yang begitu sempurna sesama manusia tanpa mengira latar belakang. Ini bermakna, setiap dari kalangan kita mempunyai ikatan ukhwah yang sedia terjalin. Oleh sebab itu, nilai UKHWAH mempunyai kelebihan tersendiri dalam membentuk UMMAH yang berpadu dan saling menghargai antara satu dengan yang lain dengan kata lainnya, saling melengkapi antara satu sama lain. Semoga dengan asas UKHWAH ini, kita dapat memelihara hubungan sesama manusia. Sesuai dengan tuntutan “HABLUMINANNAS-HUBUNGAN SESAMA MANUSIA” dalam ISLAM.


Dikesempatan ini, saya menghargai UKHWAH sekalian sahabat/teman/sahabat/rakan dan kawan. Mudah-mudahan dengan ikatan UKHWAH ini kita beroleh rahmat dan hidayah yang berterusan daripada Allah SWT.

Salam Kasih, Salam Sayang, Salam Wasilah Ukhwah Fillah.






ASNAWI UTTU DIKI
Tuaran/Sabah.
(12/Julai/2013 bersamaan 3 Ramadhan 1434H/Jumaat)

No comments:

Post a Comment