Alhamdulillah, rasa puji dan syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan izinNya jua kita dapat
lagi meneruskan kehidupan disamping melaksanakan tugas, amanah dan
tanggungjawab yang diberikan. Mudah-mudahan dengan segala kekuatan, kita dapat
melaksanakan semua amanah dengan sempurna. InShaAllah….
Sebelum jauh tangan menaip, sebelum jauh minda mencanai,sudilah kiranya perkataan “UKHWAH” itu ditafsir. Ukhwah bermaksud, dari segi bahasa:
Sebelum jauh tangan menaip, sebelum jauh minda mencanai,sudilah kiranya perkataan “UKHWAH” itu ditafsir. Ukhwah bermaksud, dari segi bahasa:
“Dari segi bahasa :
berasal dari perkataan akhun yang
membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.
Dari segi istilah : Menurut
Al-Quran- Perasaan kasih sayang,tolong menolong,bantu membantu, bertolak ansur
bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah
SWT berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah
diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat
rahmat” (surah al-Hujurat : 10)
Menurut hadis “Seperti tubuh
badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri”.Rasulullah SAW bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa
Rasulullah SAW bersabda : Perbandingan
orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang
satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut
merasainya.”
Menurut As-Syahid Imam Hassan
Al-Banna-Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah hubungan yang
paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah
saudara kufur. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak
akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah
berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
Maksud UKHWAH sudah jelas
bahawa ianya satu pertautan yang begitu sempurna sesama manusia tanpa mengira
latar belakang. Ini bermakna, setiap dari kalangan kita mempunyai ikatan ukhwah
yang sedia terjalin. Oleh sebab itu, nilai UKHWAH mempunyai kelebihan
tersendiri dalam membentuk UMMAH yang berpadu dan saling menghargai antara satu
dengan yang lain dengan kata lainnya, saling melengkapi antara satu sama lain.
Semoga dengan asas UKHWAH ini, kita dapat memelihara hubungan sesama manusia.
Sesuai dengan tuntutan “HABLUMINANNAS-HUBUNGAN SESAMA MANUSIA” dalam ISLAM.
Dikesempatan ini, saya menghargai
UKHWAH sekalian sahabat/teman/sahabat/rakan dan kawan. Mudah-mudahan dengan
ikatan UKHWAH ini kita beroleh rahmat dan hidayah yang berterusan daripada
Allah SWT.
Salam Kasih, Salam Sayang, Salam Wasilah Ukhwah Fillah.
Salam Kasih, Salam Sayang, Salam Wasilah Ukhwah Fillah.
ASNAWI UTTU DIKI
Tuaran/Sabah.
(12/Julai/2013 bersamaan 3
Ramadhan 1434H/Jumaat)