Followers

Thursday, July 11, 2013

UKHWAH SESAMA KITA.


Alhamdulillah, rasa puji dan syukur ke hadrat Allah SWT  kerana dengan izinNya jua kita dapat lagi meneruskan kehidupan disamping melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Mudah-mudahan dengan segala kekuatan, kita dapat melaksanakan semua amanah dengan sempurna. InShaAllah….

Sebelum jauh tangan menaip, sebelum jauh minda mencanai,sudilah kiranya perkataan “UKHWAH” itu ditafsir. Ukhwah bermaksud, dari segi bahasa:

Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran- Perasaan kasih sayang,tolong menolong,bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah SWT berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Menurut hadis “Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri”.Rasulullah SAW bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah SAW bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.” 

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Maksud UKHWAH sudah jelas bahawa ianya satu pertautan yang begitu sempurna sesama manusia tanpa mengira latar belakang. Ini bermakna, setiap dari kalangan kita mempunyai ikatan ukhwah yang sedia terjalin. Oleh sebab itu, nilai UKHWAH mempunyai kelebihan tersendiri dalam membentuk UMMAH yang berpadu dan saling menghargai antara satu dengan yang lain dengan kata lainnya, saling melengkapi antara satu sama lain. Semoga dengan asas UKHWAH ini, kita dapat memelihara hubungan sesama manusia. Sesuai dengan tuntutan “HABLUMINANNAS-HUBUNGAN SESAMA MANUSIA” dalam ISLAM.


Dikesempatan ini, saya menghargai UKHWAH sekalian sahabat/teman/sahabat/rakan dan kawan. Mudah-mudahan dengan ikatan UKHWAH ini kita beroleh rahmat dan hidayah yang berterusan daripada Allah SWT.

Salam Kasih, Salam Sayang, Salam Wasilah Ukhwah Fillah.






ASNAWI UTTU DIKI
Tuaran/Sabah.
(12/Julai/2013 bersamaan 3 Ramadhan 1434H/Jumaat)

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 1434H.....



Ramadhan 1434H.

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk berada dalam Bulan Ramadhan pada tahun ini. Rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, salam untuk para sahabat, golongan tabiin dan salam sejahtera untuk semua para ilmuwan Islam yang mendahului zaman.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa daripada saya untuk semua sekalian keluarga,sahabat,rakan,teman dan kawan yang dekat mahupun jauh. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam erti kata pengabdian diri kepada Allah SWT. Semoga ketaqwaan dan keimanan kita sentasa terpelihara dan sentiasa dalam rahmat perlindungan dan lindungan Allah hingga ke akhir hayat.

Ramadhan bulan berkat, penuh rahmat dan bulan pengampunan untuk seluruhnya jika dimanfaat dengan sebaik-baiknya. Dalam maksud Quranul Karim, jelas puasa itu kewajipan semua umat Islam dan diperintahkan Allah SWT yang mahfumnya ” Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”-Al Baqarah: 183. Dalam Hadis juga dijelaskan iaitu, “Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari – Muslim). Semoga puasa kita diterima disisi Allah SWT dan mudah-mudahan kita beroleh rahmat dan keampunan untuk menjadikan kita insan yang kamil disisi Allah SWT. InshaAllah.


Sebelum Syawal 1434H menjelang sebaik saja Ramadhan melabuhkan tirainya, marilah kita semua memanfaatkan kelebihan Ramadhan  tahun ini dan melewatinya dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk terhadap kebesaran Allah SWT.

Salam Ramadhan 1434H dan Selamat berpuasa.



Monday, May 27, 2013

Ayat Undangan


AYAT 01

Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai
Nama Bapa & Ibu
Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji,
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut,
Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

……………………………………………………………………
suami/isteri seisi keluarga bagi menyerikan ikatan janji,
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati puteri kami yang dikasihi,
Nama pengantin lelaki & perempuan
Bertakhtakan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W.
Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati di teratak kami,
Pada hari,
Bunga mawar kami taburi,
Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai,
Terima kasih dari kami dan raja sehari.
Turut Mengundang :-
Aturcara Majlis


AYAT 02

Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu
Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
……………………………………………………………………………………
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan puteri kami
Nama pengantin lelaki & perempuan
Pada hari .
Di kediaman kami beralamat:
Semoga dengan kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Sekian, Terima Kasih.
Turut mengundang :
Aturcara Majlis:


AYAT 03

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan izin Allah S.W.T. kami ;
Dengan penuh takzim mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

………………………………………………………………………………
Suami/Isteri sekeluarga untuk menyerikan Tambatan Janji, Izin Berwali,
Ijab Bersaksi, Antara Dua Hati, Anakanda Puteri Kami ;
Pada hari .
Di kediaman kami beralamat:
Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Sekian, Terima Kasih.




AYAT 04

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekapur sireh, seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati,
dengan rasa penuh kesyukuran kami mengundang
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

…………………………………………………………………………………
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan putera Kami ;
Pada hari .
Di kediaman kami beralamat:
Bunga rampai kami taburi, air mawar direnjis wangi,
berkembang kasih menabur budi,
undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
mendoakan mempelai diberkati Illahi


AYAT  05

Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatoh
Dengan penuh kesyukuran mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik
………………………………………………………………………………
serta seisi keluarga ke Majlis Undangan puteri kami
Pada :
Dialamat :
Semoga dengan kehadiran,
Encik/Cik/Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini, Insya Allah

AYAT 06

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu
Dengan rasa kesyukuran, setepak sireh kami hulurkan,
atas keredhaan Illahi, kami mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik

…………………………………………………………………
suami/isteri sekeluarga ke majlis pertunangan puteri kami
Nama pengantin
yang beralamat di:
pada hari
Beras Kunyit kami taburi, air mawar diiringi wangi,
kehadiran tuan/puan amatlah kami hargai,
moga majlis tambah berseri lagi diberkati Rabbul Izzati. Insya Allah
Terima Kasih


AYAT 07

Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu
Pinang dikacip, Sirih dijunjung, Janji diikat tanda berkenan, Sunah diikut adat disanjung,
Impian dan hajat kini disempurnakan, Beserta kesyukuran kehadrat Illahi,
Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan,
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;

…………………………………………………
Suami/isteri sekeluarga ke Majlis Walimatul Urus Putera Kami;
Nama pengantin
Untuk Merealisasikan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan
Sunnah Rasulullah mendirikan ikatan kasih pertemuan dua hati di teratak kami,
Pada hari
Inai dijari nampak berseri, bersatu kasih raja sehari, Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang menyeri, Terima kasih daripada kami dan raja sehari.
Wassalam


AYAT 08

Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu
Sejambak mawar, setepak sirih kami hulurkan,
untuk kehadiran
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;

………………………………………………………………………………………………
Suami/isteri sekeluarga ke Majli Raja Sehari Putera Kami;
Nama pengantin
Bertakhta dapat bersendi Sunnah Rasul mendirikan
istana kasih, merealisasikan impian Rumahku Syurgaku yang sebati
dikediaman kami;
Memadu pertemuan dua hati mendirikan mahligai kasih suci pada;
Undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
Semoga mendapat rahmat dari Illahi.
Insyaallah.


AYAT 09

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Ibu & Bapa
Sepahar Nasi Kunyit, Sejambak Bunga Telur, Dengan berbesar hati,
Sekeping kad kami hulurkan,
Mempersilakan Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;

………………………………………………………………………………………

Suami/isteri/sekeluarga untuk menyerikan tambatan janji,
Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda puteri kami;
Nama Pengantin
Bertatahkan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasulullah,
Mendirikan istana kasih, Pertemuan dua hati diteratak kami;
Pada hari
Beras kunyit ditaburi, Air mawar direnjis wangi, kembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang menyeri, Semoga Allah memberkati,
Wassalam, Terima Kasih daripada kami dan raja sehari.


AYAT 10

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Ibu & Bapa
Semarak kasih jalinan budi, kehadiran anda kami sanjungi,
Dengan sekapur sirih dan dengan kesyukuran kami
Mempersilakan Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;

……………………………………………………………………
Suami/isteri/sekeluarga ke rumah kami kerana hajat mengadakan majlis bagimerasmikan
tambatan janji, Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda kami;
Nama pengantin
Pada hari
Dialamat
Undangan kami setulus hati, kehadiran tuan/puan kami hargai,
Terima kasih dari kami dan raja sehari.

 

Monday, March 18, 2013

Ilmu Untuk Dikongsi Bersama.

Bacaan  Talkin


Maksud (dalam RUMI) talkin yang  selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama  sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita  lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau  menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama  hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU  A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir  rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat  dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,  Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan  siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar  pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa  sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah  Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali  menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu  ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia  ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke  negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada  Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya  Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), apabila datang  kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,  maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan  risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab  begini:

Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran  ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan  solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha  illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu,  inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang  tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan  dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat  tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan  semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami  ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah  Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera  kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah  mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas  kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan  Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan  bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami  Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya  sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil  alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan  Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi  masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali  orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya  mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr  ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,  Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu  ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat,  bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya  berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan  TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK  BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw  : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka  jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh  WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat  datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI  pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat  yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu  ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka  melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang  melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan  hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang  mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan  bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. ParaNabi
2 Para Ahli  Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin  yang Adil
7. Tukang  Azan
8 . Wanita yang mati  kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau  dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari  atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang  beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari  Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila  datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka  Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya  Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka  di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala  makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka  Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang  belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan  berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan  minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di  bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa  mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman  yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan  minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang  telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada  saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang  berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah  ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."  Surah Al-Baqarah : 237

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI  KUNTU MINALZHAALIMIIN"