Suasana pengajian dikampus ternyata berbeza dengan suasana belajar di bangku sekolah dahulu, disekolah memakai pakaian seragam sekolah setiap hari adalah kewajipan tanpa ada kebebasan untuk memakai baju selain daripada pakaian seragam yang berlambangkan lencana sekolah kecuali acara-acara tertentu itupun jarang terlibat melainkan pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti luar bilik darjah. Memetik kata-kata seorang kaunselor sekolah menengah suatu ketika dahulu menyatakan “suasana di universiti amat berbeza dengan suasana sekolah, di universiti memang suatu kenangan manis untuk dirasai, pengalaman di universiti adalah sesuatu yang amat manis dan terlalu sukar untuk dikatakan melainkan anda semua betul-betul melaluinya kerana pengalaman adalah guru yang paling berguna untuk mengetahui sesuatu sesuatu perkara, masuklah universiti,anda rasai sendiri”….bila teringat kata-kata tersebut,memang benarlah apa yang kaunselor itu katakan kerana pengalaman merupakan satu yang subjektif untuk diperkatakan.
Syukur Alhamdulillah, selepas 3 tahun berada di Universiti Malaysia Sabah pelbagai cerita yang dilalui, sememangnya satu pengalaman yang amat berguna untuk mematangkan diri kerana pengalaman bukan boleh dibeli dengan wang diringgit. Merungkai pengalaman satu persatu bukanlah juga mudah tetapi tidak juga susah untuk dikongsi untuk dijadikan bahan ilmu yang harus dikongsi bersama. Mencambah pemikiran berdasarkan pengalaman banyak mengajar erti perjuangan sebagai insan yang bergelar seorang pelajar. Pelbagai bentuk pengalaman yang dilakonkan samada secara spontan mahupun lakonan, kerana watak-watak tersebut adalah pelengkap kepada nilai sebuah lakonan yang dilakonkan. Pengalaman cukup berharga bersama keluarga HA 18 Program Geografi Universiti Malaysia Sabah, bermula dari awal semester satu sehinggalah semester akhir. Sebanyak 6 semester atau 122 jam kredit telah diperuntukkan kepada seorang pelajar Geografi UMS untuk melengkapkan syarat universiti bagi tujuan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Geografi).
Masuk pada tanggal 28.Jun.2008 bersamaan hari Sabtu untuk sesi pendaftaran masuk ke Kolej Kediaman AB, perjalanan dari Kampung Raganan Laut,Tuaran,Sabah ke sebuah universiti tercantik di Asia Tenggara menimbulkan pelbagai persoalan yang bermain dikotak fikiran,sememangnya hebat untuk dikenang sehingga kini. Persoalan timbul bukanlah persoalan yang untuk dijawab tetapi lebih bersifat ingin tahu apa???siapa??dimana??dan akhirnya terungkai dengan sendirinya apabila selesai pendaftaran hampir jam 12.00 tengahari ketika itu. Bertapak di Dataran Masjid dan dihantar ke Kolej Kediaman AB menggunakan bas UMS. Memang sesak dan sangat-sangat sesak,ianya luar biasa sekiranya dibandingkan dengan keluasan Universiti Malaysia Sabah iaitu 999 hektar. Selesai proses pendaftaran kolej kediaman, saya diberikan bilik 1.13, Blok D, Kolej Kediaman AB.
Keesokannya pula, 29.Julai.2008 adalah tentatif untuk Pendaftaran Universiti di Dewan Canselor UMS Sabah. Dewan yang dikatakan tercantik di Asia Tenggara berdasarkan bentuk infrasruktur yang unik dan berbeza dengan dewan yang ada di seluruh Asia Tenggara. Maka Dewan Canselor UMS diiktiraf sebagai Dewan Tercantik di Asia Tenggara. Semasa pendaftaran, saya mengenakan pakaian formal baju berwarna “MAROON” dan seluar berwarna “HITAM” serta kasut yang juga berwarna “HITAM” juga tali leher yang berwarna “MERAH HATI”. Memang benarlah itu pengalaman yang indah,diingati sebagai sejarah hidup ketika mendaftar semasa pendaftaran universiti ketika itu. Alhamdulillah, setelah selesai pendaftaran seawal jam 10.00 pagi bermakna sah dengan rasminya saya sebagai seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah dan belum diiktiraf sebagai “MAHASISWA” kerana belum melafazkan ikrar pelajar. Pada tarikh 3.Julai.2008 jam9.30 pagi terlafaz ikrar pelajar dihadapan Senat UMS didalam Dewan Canselor. Proklamasi sebagai seorang “MAHASISWA/I” telah diisytiharkan oleh Naib Canselor UMS Yang Berbahagia Briged Jeneral Profesor Datuk Seri Penglima Dr. Hj Kamaruzzaman Hj Ampon. Saat bergelar “MAHASISWA” juga terbukti merupakan nilai kengan yang amat bermakna dalam hidup.
Bermulanya pertemuan keluarga Geografi UMS ambilan sesi 1 tahun 2008-2009 pada 3 Julai 2008 di Makmal GIS Sekolah Sains Sosial. Seramai lebih kurang 40 orang pelajar ambilan pertama masuk dan terlibat dalam pertemuan perkenalan ini. Pertemuan bersama pensyarah-pensyarah Geografi dan pelajar baru Georgafi bertujuan bersua antara satu dengan lain selain membentuk satu silaturrahim,satu keluarga,satu ummah atas nama Program Geografi itu sendiri. Pertemuan ini di ketuai Dr Mohd Tahir Mapa selaku ketua program Geografi yang ketika ini adalah Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar. Dalam sesi perkenalan ini adalah sesi memperkenalkan diri antara satu dengan lain selain memperkenalkan program Geografi UMS itu sendiri. Pertemuan pada awalnya merupakan pengalaman yang masih dikenang sehingga kini dan akan dikenang sehingga akhir hayat. Seingat saya ketika sesi pertemuan tersebut saya diberikan sekeping sandwich yang disediakan sebagai makanan ringan dalam sesi pertemuan tersebut. Pelajar itu bernama Noor Zaliffah dari Kedah.
HA 18 Program Geografi telah lengkap dengan kehadiran keluarga baru yang masuk dalam ambilan kedua seramai lebih 20 orang. Ini bermakna pelajar Geografi sesi 2008-2011 adalah seramai 60 orang. Kemasukan mereka pada minggu ke empat pengkuliahan memberi kekuatan tambahan kepada Program Geografi yang menerima sejumlah 60 orang pelajar. Kekuatan adalah aset yang bernilai dan menjadi teras kepada nilai persahabatan yang terjalin dalam ikatan keluarga Geografi UMS itu sendiri.
Mengikuti pembelajaran dalam Program Geografi UMS akan melalui 122 jam kredit yang dibentuk dengan penawaran kursus wajib universiti, teras wajib sekolah, teras program dan elektif serta minor yang ditawarkan untuk pelajar Geografi bagi memperlengkapkan kemahiran yang pelbagai dalam membangunkan modal insan yang diperlukan untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
Penyatuan keluarga Geografi amat sinonim dengan kajian lapangan. Hampir kesemua kursus dalam teras Geografi menjalankan kajian lapangan untuk memenuhi keperluan kursus yang dijalankan disegenap lapangan negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu termasuk di Sarawak Bumi Kenyalang pada 13 hingga 19.Jun.2010 yang merupakan kajian lapangan besar-besaran untuk pelajar ambilan tahun 2008/2009. Selain kajian lapangan, program khidmat komuniti, lawatan sambil belajar, hari keluarga,makan malam dan aktiviti lain seperti pameran juga mengambil tempat dalam program Geografi UMS. Ini adalah bertujuan untuk memasyarakatkan MAHASISWA/I UMS selaras dengan Konsep 1 Malaysia yang menekankan perpaduan kaun dan mengekalkan budaya saling hormat-menghormati antara satu dengan lain. Itulah nilai yang dapat dipelajari selama 3 tahun di Menara Gading. Berikut kajian lapangan,khidmat komuniti,lawatan sambil belajar dan program khusus untuk dijadikan wadah untuk membentuk satu warga Geografi yang saya ikuti sepanjang 3 tahun di Universiti Malaysia Sabah.
1. Geomorfologi. (En.Munir Ladoni) Sungai Matupang,Ranau,Sabah (08.Ogos.2009).
2. Geomorfologi (Encik Munir Ladoni).Khidmat Komuniti SMK Tongod,Sabah.
(23-25.Oktober.2009).
3. Pemprosesan Imej Satelit (Encik Munir Ladoni) di Kudat,Sabah (05.07. Februari.2010).
4. Geospatial dan Permodelan (Encik Mustapha Abdul Talib). Kajian Lapangan Ladang Mawang,Kalabakan,Sabah. (12 hingga 19.Februari.2010).
5. Geografi Ekonomi (Encik Oliver V.Eboy) Lawatan Sambil Belajar di Jabatan Pertanian Sabah,Wisma Pertanian,Kota Kinabalu,Sabah. (25.Februari.2010).
6. Pengurusan Ekosistem Persekitaran ( Dr Mohammad Tahir Mapa). Kajian Lapangan dan Lawatan Sambil Belajar di Sandakan,Sabah. (05 hingga 09. Mac.2010).
7. Hari Keluarga Geografi. Pantai Tanjung Aru 2,Kota Kinabalu,Sabah (21.Mac.2010).
8. Hidrologi. Hari Air Sedunia.Foyer Sekolah Sains Sosial (22.Mac.2010).
9. Majlis Makan Malam Geografi 2010 di Hotel Hyatt,Kota Kinabalu,Sabah (14.April.2010).
10. Kajian Lapangan Geografi di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Miri,Sarawak (13 hingga 19.Jun.2010)
11. Pengurusan Sisa Pejal Bandar. (Dr Mohammad Tahir Mapa). Kajian Lapangan dan Lawatan Sambil Belajar,Tawau,Sabah. (29.Oktober hingga 02.November.2010).
12. Globalisasi dan Pembangunan. (Dr Gaim J. Lunkapis). Kajian Lapangan dan Khidmat Komuniti di Karamuak,Tongod,Sabah. (28-30.Januari.2011).
13. Biogeografi Sosial (Pn Jurry F.Micheal). Kajian Lapangan dan Khidmat Komuniti Kampung Luanti Baru Ranau,Sabah. (04 hingga 06.Mac.2011).
Kesemua program tersebut adalah aktiviti khusus dalam Program Geografi UMS yang saya ikuti selama hampir 3 tahun di Universiti Malaysia Sabah.
Kini, semester akhir, tahun akhir dan saat-saat terakhir sebagai seorang pelajar Pra Siswazah Universiti Malaysia Sabah dan sebentar lagi ianya akan melabuhkan tirainya hidup sebagai seorang Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.Moga berjaya dalam komitmen semester akhir ini.
Kepada Semua Pensyarah Geografi UMS:
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas didikan dan tunjuk ajar selama ini, moga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan berkekalan untuk selamanya dan menjadi satu kenangan yang abadi selamanya kepada semua pensyarah Geografi UMS:
Dr Mohd Tahir Mapa, Dr Ramzah Dambul, Dr Aliakbar Gulasan, Dr Gaim James Lunkapis, Encik Mustapa Abdul Talib, Encik Oliver Valentine Eboy, Encik Nordin Sakke, Encik Munir Ladoni, Puan Jurry Foo Micheal, Puan Ubong Imang dan Puan Harifah Mohd Noor.
Kepada semua rakan pelajar HA 18:
Sofian Mohd Daud, Mohd Hizwan Hamzah, Gaffar Jainari, Mohd Zul Amri Soleh, Ramatang Kassim, Marni Majungkit, Siti Hasma Ahmad, Josue Sammy, Rohana Addarus, Nor Aiffa Arrifin, Siti Dalifah Rahim, Henna Paulin, Mohd Aiman Ismail, Ming Juaping, Faida Abdul Galih, Norhaspisah Awang Soh, Stacy Norena Lajik, Azrul Arzmi@Micheal, Churchill Anak Juan, Sadiah Samin, Samsuria Sadude, Mardiana Saneli, Nurul Nabihah Abbas, Ley Sunarti Silun, Nurdihana Mohd Rusdi,Noor Fadilah Chow, Shahrul Hisham Ngah@Ramli, Calvin Wilfred, Khadijah Awang Bakar, Fazelahwati Abdul Rahman, Lina Hazwani Abdullah, Suhana Sudirman, Asman Rasmun, Jospenny Josie, Mohd Adirulazlin Kamarudin@Harun, Siti Nabilah Sabardin, Rechalene Makilin, Norhasnah Ishak, Abdul Hadi Alimuddin, Fareha Nabilah Abdul Rahman, Syed Amiruddin Said Salleh, Sukarno Abu Bakar, Eveiyne Galigeh, Azmah Lina Seha Nayah, Alexander Minsong, Ravani Latchumanan, Alefona Alexander, Mohd Naffiez Sairy, Noor Zaliffah Cheek Saat, Mohd Shukri Bin Abdul Hamid, Mohd Ridwan Maisaran, Zazili Harun, Hilma Anak Rejer, Nooraiza Anak Anti , Javiena Liew dan Amit Ahmad Rajid.
Kepada semua, saya ASNAWI BIN UTTU DIKI secara peribadi memohon ampun maaf sekiranya terdapat silap salah dan ada yang terasa hati dengan gurauan dalam pergaulan, sebagai manusia biasa ianya tidak lari dalam mewarnai hidup yang sekadar bernama insan biasa ini, mohon dihalalkan dari hujung rambut ke hujung kaki ilmu yang dikongsi serta tunjuk ajar dan teguran diberikan, mohon dihalalkan makanan dan minuman yang diberikan. Untuk semuanya, moga ukhwah silaturrahim yang terjalin akan kekal untuk selamanya, saya berdoa kepada ALLAH SWT, mudah-mudahan diganjarkan balasan yang setimpal atas jasa dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
Pucuk Pauh Delima Batu,
Anak Sembilang Ditapak Tangan,
Sungguh Jauh Negeri Satu,
Hilang Dimata Dihati Jangan.
Kalau Ada Sumur Diladang,
Boleh Saya Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi.
Salam Wasilah Ukhwah Fillah.
13.April.2011 (Universiti Malaysia Sabah,KK).
Terima kasih banyak sudi baca perkongsian saya.
ReplyDelete