Followers

Thursday, April 14, 2011

Renungan Bersama.....

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katak...anlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... 

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh” Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM” Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! 

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“. * Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” * Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. * Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” 

Sebarkan kepada semua...

Tuesday, April 12, 2011

Pengumuman Penting

Salam sejahtera kepada semua, kini Didie Asnawi Corner berwajah baru yang lebih simple, diharap anda menyukainya, sekian terima kasih:-)

Sejambak Memoir Untuk Kalian

Suasana pengajian dikampus ternyata berbeza dengan suasana belajar di bangku sekolah dahulu, disekolah memakai pakaian seragam sekolah setiap hari adalah kewajipan tanpa ada kebebasan untuk memakai baju selain daripada pakaian seragam yang berlambangkan lencana sekolah kecuali acara-acara tertentu itupun jarang terlibat melainkan pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti luar bilik darjah. Memetik kata-kata seorang kaunselor sekolah menengah suatu ketika dahulu menyatakan “suasana di universiti amat berbeza dengan suasana sekolah, di universiti memang suatu kenangan manis untuk dirasai, pengalaman di universiti adalah sesuatu yang amat manis dan terlalu sukar untuk dikatakan melainkan anda semua betul-betul melaluinya kerana pengalaman adalah guru yang paling berguna untuk mengetahui sesuatu sesuatu perkara, masuklah universiti,anda rasai sendiri”….bila teringat kata-kata tersebut,memang benarlah apa yang kaunselor itu katakan kerana pengalaman merupakan satu yang subjektif untuk diperkatakan.

          Syukur Alhamdulillah, selepas 3 tahun berada di Universiti Malaysia Sabah pelbagai cerita yang dilalui, sememangnya satu pengalaman yang amat berguna untuk mematangkan diri kerana pengalaman bukan boleh dibeli dengan wang diringgit. Merungkai pengalaman satu persatu bukanlah juga mudah tetapi tidak juga susah untuk dikongsi untuk dijadikan bahan ilmu yang harus dikongsi bersama. Mencambah pemikiran berdasarkan pengalaman banyak mengajar erti perjuangan sebagai insan yang bergelar seorang pelajar. Pelbagai bentuk pengalaman yang dilakonkan samada secara spontan mahupun lakonan, kerana watak-watak tersebut adalah pelengkap kepada nilai sebuah lakonan yang dilakonkan. Pengalaman cukup berharga bersama keluarga HA 18 Program Geografi Universiti Malaysia Sabah, bermula dari awal semester satu sehinggalah semester akhir. Sebanyak 6 semester atau 122 jam kredit telah diperuntukkan kepada seorang pelajar Geografi UMS untuk melengkapkan syarat universiti bagi tujuan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Geografi).

       Masuk pada tanggal 28.Jun.2008 bersamaan hari Sabtu untuk sesi pendaftaran masuk ke Kolej Kediaman AB, perjalanan dari Kampung Raganan Laut,Tuaran,Sabah ke sebuah universiti tercantik di Asia Tenggara menimbulkan pelbagai persoalan yang bermain dikotak fikiran,sememangnya hebat untuk dikenang sehingga kini. Persoalan timbul bukanlah persoalan yang untuk dijawab tetapi lebih bersifat ingin tahu apa???siapa??dimana??dan akhirnya terungkai dengan sendirinya apabila selesai pendaftaran hampir jam 12.00 tengahari ketika itu. Bertapak di Dataran Masjid dan dihantar ke Kolej Kediaman AB menggunakan bas UMS. Memang sesak dan sangat-sangat sesak,ianya luar biasa sekiranya dibandingkan dengan keluasan Universiti Malaysia Sabah iaitu 999 hektar. Selesai proses pendaftaran kolej kediaman, saya diberikan bilik 1.13, Blok D, Kolej Kediaman AB.

         Keesokannya pula, 29.Julai.2008 adalah tentatif untuk Pendaftaran Universiti di Dewan Canselor UMS Sabah. Dewan yang dikatakan tercantik di Asia Tenggara berdasarkan bentuk infrasruktur yang unik dan berbeza dengan dewan yang ada di seluruh Asia Tenggara. Maka Dewan Canselor UMS diiktiraf sebagai Dewan Tercantik di Asia Tenggara. Semasa pendaftaran, saya mengenakan pakaian formal baju berwarna “MAROON” dan seluar berwarna “HITAM” serta kasut yang juga berwarna “HITAM” juga tali leher yang berwarna “MERAH HATI”. Memang benarlah itu pengalaman yang indah,diingati sebagai sejarah hidup ketika mendaftar semasa pendaftaran universiti ketika itu. Alhamdulillah, setelah selesai pendaftaran seawal jam 10.00 pagi bermakna sah dengan rasminya saya sebagai seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah dan belum diiktiraf sebagai “MAHASISWA” kerana belum melafazkan ikrar pelajar. Pada tarikh 3.Julai.2008 jam9.30 pagi terlafaz ikrar pelajar dihadapan Senat UMS didalam Dewan Canselor. Proklamasi sebagai seorang “MAHASISWA/I” telah diisytiharkan oleh Naib Canselor UMS Yang Berbahagia Briged Jeneral Profesor Datuk Seri Penglima Dr. Hj Kamaruzzaman Hj Ampon. Saat bergelar “MAHASISWA” juga terbukti merupakan nilai kengan yang amat bermakna dalam hidup.

        Bermulanya pertemuan keluarga Geografi UMS ambilan sesi 1 tahun 2008-2009 pada 3 Julai 2008 di Makmal GIS Sekolah Sains Sosial. Seramai lebih kurang 40 orang pelajar ambilan pertama masuk dan terlibat dalam pertemuan perkenalan ini. Pertemuan bersama pensyarah-pensyarah Geografi dan pelajar baru Georgafi bertujuan bersua antara satu dengan lain selain membentuk satu silaturrahim,satu keluarga,satu ummah atas nama Program Geografi itu sendiri. Pertemuan ini di ketuai Dr Mohd Tahir Mapa selaku ketua program Geografi yang ketika ini adalah Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar. Dalam sesi perkenalan ini adalah sesi memperkenalkan diri antara satu dengan lain selain memperkenalkan program Geografi UMS itu sendiri. Pertemuan pada awalnya merupakan pengalaman yang masih dikenang sehingga kini dan akan dikenang sehingga akhir hayat. Seingat saya ketika sesi pertemuan tersebut saya diberikan sekeping sandwich yang disediakan sebagai makanan ringan dalam sesi pertemuan tersebut. Pelajar itu bernama Noor Zaliffah dari Kedah.

          HA 18 Program Geografi telah lengkap dengan kehadiran keluarga baru yang masuk dalam ambilan kedua seramai lebih 20 orang. Ini bermakna pelajar Geografi sesi 2008-2011 adalah seramai 60 orang. Kemasukan mereka pada minggu ke empat pengkuliahan memberi kekuatan tambahan kepada Program Geografi yang menerima sejumlah 60 orang pelajar. Kekuatan adalah aset yang bernilai dan menjadi teras kepada nilai persahabatan yang terjalin dalam ikatan keluarga Geografi UMS itu sendiri.

         Mengikuti pembelajaran dalam Program Geografi UMS akan melalui 122 jam kredit yang dibentuk dengan penawaran kursus wajib universiti, teras wajib sekolah, teras program dan elektif serta minor yang ditawarkan untuk pelajar Geografi bagi memperlengkapkan kemahiran yang pelbagai dalam membangunkan modal insan yang diperlukan untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

         Penyatuan keluarga Geografi amat sinonim dengan kajian lapangan. Hampir kesemua kursus dalam teras Geografi menjalankan kajian lapangan untuk memenuhi keperluan kursus yang dijalankan disegenap lapangan negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu termasuk di Sarawak Bumi Kenyalang pada 13 hingga 19.Jun.2010 yang merupakan kajian lapangan besar-besaran untuk pelajar ambilan tahun 2008/2009. Selain kajian lapangan, program khidmat komuniti, lawatan sambil belajar, hari keluarga,makan malam dan aktiviti lain seperti pameran juga mengambil tempat dalam program Geografi UMS. Ini adalah bertujuan untuk memasyarakatkan MAHASISWA/I UMS selaras dengan Konsep 1 Malaysia yang menekankan perpaduan kaun dan mengekalkan budaya saling hormat-menghormati antara satu dengan lain. Itulah nilai yang dapat dipelajari selama 3 tahun di Menara Gading. Berikut kajian lapangan,khidmat komuniti,lawatan sambil belajar dan program khusus untuk dijadikan wadah untuk membentuk satu warga Geografi yang saya ikuti sepanjang 3 tahun di Universiti Malaysia Sabah.

1. Geomorfologi. (En.Munir Ladoni) Sungai Matupang,Ranau,Sabah (08.Ogos.2009).

2. Geomorfologi (Encik Munir Ladoni).Khidmat Komuniti SMK Tongod,Sabah.
(23-25.Oktober.2009).

3. Pemprosesan Imej Satelit (Encik Munir Ladoni) di Kudat,Sabah (05.07. Februari.2010).

4. Geospatial dan Permodelan (Encik Mustapha Abdul Talib). Kajian Lapangan Ladang Mawang,Kalabakan,Sabah. (12 hingga 19.Februari.2010).

5. Geografi Ekonomi (Encik Oliver V.Eboy) Lawatan Sambil Belajar di Jabatan Pertanian Sabah,Wisma Pertanian,Kota Kinabalu,Sabah. (25.Februari.2010).

6. Pengurusan Ekosistem Persekitaran ( Dr Mohammad Tahir Mapa). Kajian Lapangan dan Lawatan Sambil Belajar di Sandakan,Sabah. (05 hingga 09. Mac.2010).

7. Hari Keluarga Geografi. Pantai Tanjung Aru 2,Kota Kinabalu,Sabah (21.Mac.2010).

8. Hidrologi. Hari Air Sedunia.Foyer Sekolah Sains Sosial (22.Mac.2010).

9. Majlis Makan Malam Geografi 2010 di Hotel Hyatt,Kota Kinabalu,Sabah (14.April.2010).

10. Kajian Lapangan Geografi di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Miri,Sarawak (13 hingga 19.Jun.2010)

11. Pengurusan Sisa Pejal Bandar. (Dr Mohammad Tahir Mapa). Kajian Lapangan dan Lawatan Sambil Belajar,Tawau,Sabah. (29.Oktober hingga 02.November.2010).

12. Globalisasi dan Pembangunan. (Dr Gaim J. Lunkapis). Kajian Lapangan dan Khidmat Komuniti di Karamuak,Tongod,Sabah. (28-30.Januari.2011).

13. Biogeografi Sosial (Pn Jurry F.Micheal). Kajian Lapangan dan Khidmat Komuniti Kampung Luanti Baru Ranau,Sabah. (04 hingga 06.Mac.2011).

         Kesemua program tersebut adalah aktiviti khusus dalam Program Geografi UMS yang saya ikuti selama hampir 3 tahun di Universiti Malaysia Sabah.

        Kini, semester akhir, tahun akhir dan saat-saat terakhir sebagai seorang pelajar Pra Siswazah Universiti Malaysia Sabah dan sebentar lagi ianya akan melabuhkan tirainya hidup sebagai seorang Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.Moga berjaya dalam komitmen semester akhir ini.

Kepada Semua Pensyarah Geografi UMS:

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas didikan dan tunjuk ajar selama ini, moga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan berkekalan untuk selamanya dan menjadi satu kenangan yang abadi selamanya kepada semua pensyarah Geografi UMS:

        Dr Mohd Tahir Mapa, Dr Ramzah Dambul, Dr Aliakbar Gulasan, Dr Gaim James Lunkapis, Encik Mustapa Abdul Talib, Encik Oliver Valentine Eboy, Encik Nordin Sakke, Encik Munir Ladoni, Puan Jurry Foo Micheal, Puan Ubong Imang dan Puan Harifah Mohd Noor.

Kepada semua rakan pelajar HA 18:

Sofian Mohd Daud, Mohd Hizwan Hamzah, Gaffar Jainari, Mohd Zul Amri Soleh, Ramatang Kassim, Marni Majungkit, Siti Hasma Ahmad, Josue Sammy, Rohana Addarus, Nor Aiffa Arrifin, Siti Dalifah Rahim, Henna Paulin, Mohd Aiman Ismail, Ming Juaping, Faida Abdul Galih, Norhaspisah Awang Soh, Stacy Norena Lajik, Azrul Arzmi@Micheal, Churchill Anak Juan, Sadiah Samin, Samsuria Sadude, Mardiana Saneli, Nurul Nabihah Abbas, Ley Sunarti Silun, Nurdihana Mohd Rusdi,Noor Fadilah Chow, Shahrul Hisham Ngah@Ramli, Calvin Wilfred, Khadijah Awang Bakar, Fazelahwati Abdul Rahman, Lina Hazwani Abdullah, Suhana Sudirman, Asman Rasmun, Jospenny Josie, Mohd Adirulazlin Kamarudin@Harun, Siti Nabilah Sabardin, Rechalene Makilin, Norhasnah Ishak, Abdul Hadi Alimuddin, Fareha Nabilah Abdul Rahman, Syed Amiruddin Said Salleh, Sukarno Abu Bakar, Eveiyne Galigeh, Azmah Lina Seha Nayah, Alexander Minsong, Ravani Latchumanan, Alefona Alexander, Mohd Naffiez Sairy, Noor Zaliffah Cheek Saat, Mohd Shukri Bin Abdul Hamid, Mohd Ridwan Maisaran, Zazili Harun, Hilma Anak Rejer, Nooraiza Anak Anti , Javiena Liew dan Amit Ahmad Rajid.

          Kepada semua, saya ASNAWI BIN UTTU DIKI secara peribadi memohon ampun maaf sekiranya terdapat silap salah dan ada yang terasa hati dengan gurauan dalam pergaulan, sebagai manusia biasa ianya tidak lari dalam mewarnai hidup yang sekadar bernama insan biasa ini, mohon dihalalkan dari hujung rambut ke hujung kaki ilmu yang dikongsi serta tunjuk ajar dan teguran diberikan, mohon dihalalkan makanan dan minuman yang diberikan. Untuk semuanya, moga ukhwah silaturrahim yang terjalin akan kekal untuk selamanya, saya berdoa kepada ALLAH SWT, mudah-mudahan diganjarkan balasan yang setimpal atas jasa dan pengorbanan yang diberikan selama ini.

Pucuk Pauh Delima Batu,
Anak Sembilang Ditapak Tangan,
Sungguh Jauh Negeri Satu,
Hilang Dimata Dihati Jangan.

Kalau Ada Sumur Diladang,
Boleh Saya Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi.

Salam Wasilah Ukhwah Fillah.

13.April.2011 (Universiti Malaysia Sabah,KK).

Monday, April 11, 2011

Semua Tentang Kita (HA 18)


Nantikan Sebuah Cerita Dalam Cerita...

Ummah dalam keraguan...Itulah Perhitungan...Fikirkan

Ummah dalam keraguan….Itulah Perhitungan,,Fikirkan.

Ketika Ali bin Abi Talib secara diplomatik kalah kepada Muawiyah bin Abu Sufyan dalam Perang Siffin, sekumpulan penyokongnya berhadapan dengan emosi kecewa dan membuat keputusan untuk mendirikan kumpulan lain, iaitu Khawarij. Kemunculan kelompok baru bukan sahaja menjadi cabaran kepada Ali bin Abi Talib, malah memberikan kekuatan kepada Muawiyah sehingga akhirnya bergabung tenaga untuk membunuh Khalifah ar-Rasyidin yang terakhir.

Mereka yang marahkan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Muawiyah akhirnya menuntut agar menyerahkan tampuk pentadbiran khalifah kepada keturunan Ali bin Abi Talib. Kelompok itu kemudiannya menggelarkan diri mereka sebagai Syiah. Kemunculan pelbagai kelompok itu menarik minat Abu Al-Fath Muhammad bin Abdul Karim Asy-Syahrastani dan melalui bukunya, Al-Milal Wa An-Nihal beliau membuat perbincangan mendalam mengenai kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Kelahiran pelbagai aliran itulah telah menyebabkan permusuhan dan perpecahan sehingga pertumpahan darah yang memakan korban.

Perpecahan kepada kelompok sebenarnya telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW lagi, iaitu konflik mengenai usaha penulisan wasiat baginda dan penghantaran pasukan di bawah pimpinan Usamah ke Syam bagi membendung serangan tentera Rom. Situasi ini menjadi semakin mendesak semasa Nabi Muhammad SAW sedang gering. Menurut Abu Fath, bibit-bibit perpecahan tersebut berlaku disebabkan dua perkara pokok, iaitu berkaitan politik dan keyakinan terhadap sesuatu doktrin.

Politik Malaysia juga tidak terkecuali dilanda konflik apabila satu pihak menentang setiap program yang dilaksanakan oleh parti yang memerintah. Golongan yang disifatkan sebagai kelompok pembangkang, dengan bersikap memburu ayam hutan dalam kesamaran cahaya lampu suluh menerjang sekuat-kuatnya sehingga menyakinkan segelintir masyarakat umum bahawa perkara yang diputuskan itu adalah salah dan tidak memberikan apa-apa manfaat.

Ketika masyarakat mula yakin dengan perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Pelan Transformasi Kerajaan, kelompok pembangkang mempersoalkan bahawa itu hanyalah sebuah fantasi. Bagi menggambarkan kesungguhan pembangkang dan meyakinkan rakyat, mereka mengeluarkan Buku Jingga, yang warnanya nampak garang tetapi di dalamnya adalah seolah-olah menjual burung terbang.

Parti yang terkenal dengan perjuangan Islam kian terdesak dan berubah kerana ingin mengikut rentak parti-parti yang pernah disifatkannya sebagai ‘bukan Islam’ dan ‘sekular’. Pemimpin mereka tidak begitu bersungguh-sungguh untuk bercakap mengenai kebenaran, tetapi semakin galak mengubah persepsi awam kepada masalah yang bakal menyebabkan mereka sendiri dilanda keraguan.

Sebaik-baik agama di sisi Allah ialah semangat mencari kebenaran yang lapang, tidak sempit, toleran, tanpa kefanatikan dan tidak membelenggu jiwa. Pemahaman kita kepada Islam adalah pemahaman yang terbuka, yang kerana keterbukaannya itu ia bersikap inklusif dan mampu menjadi rahmat bagi seluruh alam.

Hakikatnya, semua orang inginkan kepada penyatuan dan perpaduan, tetapi keinginan itu hanyalah sebuah bayangan falsafah, realitinya tidak seindah khabar yang dibawa. Setiap orang menginginkan kehidupan yang aman dan damai, kerana dari situlah akan terbinanya kerukunan dan keharmonian, tetapi kerana membawa ideologi kepartian yang terlalu tebal, ia menjadi sesuatu yang amat menggerunkan.

Hati setiap orang yang cintakan keamanan tersentuh, bahkan terguris apabila ada pemimpin tertentu yang mengaku beriman sanggup memburuk-burukkan orang lain dengan kata-kata nista sehingga melanggar tatasusila budaya dan agama.

Sedangkan di dalam al-Quran, Allah menjelaskan kualiti kaum yang beriman itu ialah mereka itu "dibimbing ke arah tutur kata yang baik, serta dibimbing ke jalan Allah Yang Maha Terpuji’, (Surah Al-Hajj ayat 24)

Mereka lupa bahawa politik hanya alat untuk memperoleh kuasa secara sah. Politik bukanlah segala-galanya, tetapi bagi pembangkang politiklah yang akan dipertaruhkan walaupun mengorbankan maruah demi kelangsungan cita-cita. Politik dijadikan ramuan dalam setiap resipi masakan, dari pagi hinggalah lewat malam, malah dalam memohon pertolongan daripada Maha Berkuasa, mereka turut memasukkan dendam kesumat, termasuk melaknatkan pemimpin yang memerintah dan semua yang terbabit dalam proses tersebut.

Inilah sikap negatif yang sebenarnya telah memerangkap umat Islam. Gambaran buruk itu telah menyebabkan bukan Islam boleh memberikan tafsiran terhadap budaya yang dipertontonkan kepada umum, sehingga menuntut lebih daripada sepatutnya. Kenapa mereka begitu lantang membuat tafsiran, kerana orang Islam sendiri masih berada dalam igauan politik dan tafsiran kepuakan yang melampau.

Seharusnya, umat Islam mampu menghadapi situasi ini dengan akal yang sihat. Dengan pertimbangan yang rasional akan dapat menyelamatkan Islam, fitnah memfitnah dapat dilenyapkan secara beradab dan bersusila.

Sejarah turut memberikan kita pengajaran bahawa punca kekalahan tentera Islam adalah kerana kita sendiri tidak bersatu. Dalam keadaan itulah menyebabkan pihak luar mengambil peluang sehingga mampu menjatuhkan empayar Muslim satu demi satu. Kes yang berlaku di Timur Tengah misalnya menjadikan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya semakin angkuh. AS tidak sedikitpun merasakan dirinya bersalah melancarkan serangan untuk menyokong pemberontak yang ingin menjatuhkan Muammar Gaddafi. AS beranggapan tindakan tersebut adalah wajar kerana Gaddafi telah menggunakan kekerasan membunuh rakyatnya sendiri.

Tatkala tentera AS membelasah seorang pemuda Afghanistan sebagaimana disiarkan majalah Rolling Stone, tidakpun kedengaran pengakuan silap. Sebaliknya, akibat dimalukan dengan pendedahan tersebut, AS terpaksa memohon maaf tetapi askar negara itu terus melakukan kekejaman yang sama terhadap rakyat Afghanistan, Iraq dan kini Libya. Tidak ada satu pun negara Arab sedia mencabar kewajaran AS itu dan mendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Kenapa? Jawapannya adalah mudah, negara-negara Arab amat takutkan AS kerana negara itulah sebenarnya yang telah mencorakkan politik mereka.

Konflik dan perselisihan dalam kalangan umat Islam telah diungkapkan dengan jelas dalam al-Quran. Terdapat banyak ayat yang memberikan gambaran sebab-sebab yang mencetuskan konflik dan perselisihan. Misalnya, surah al-Maidah ayat 14 mengatakan bahawa perpecahan itu terjadi akibat kurangnya pengetahuan umat Islam. Perselisihan yang berlaku berpunca daripada sikap dengki, khianat, terlalu mencintai kemewahan dunia, tidak menggunakan akal yang sihat dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

Sayyid Muhammad Rashid Ridha dalam kitabnya Al-Kassyaf, turut memperakui fenomena ini. Beliau menjelaskan salah satu daripada empat sebab utama kehancuran umat Islam adalah kemelut perpecahan yang dijelmakan menerusi kemunculan pelbagai ‘firqah’ atau kelompok. Kelompok-kelompok ini kemudiannya saling berlumba-lumba untuk mendapatkan kuasa. Di sinilah bermulanya pelbagai pertembungan dan perselisihan sehingga amalan politik menjadi sesuatu yang kotor dan jijik. Politik dianggap sebagai kepelbagaian teknik dan strategi, matlamat akhirnya ialah mendapat kuasa.
Bagaimana kuasa itu diperoleh bukan menjadi kayu ukur. Yang penting ialah kemenangan dan menjadi pemerintah. Dosa dan pahala bercampur. Malah ada ketikanya dosa berubah menjadi ‘pahala’ kerana itulah pilihan terbaik bagi mendapatkan kuasa. Itulah politik yang sedang menjadi budaya dan semakin marak dalam mencabut nilai-nilai keimanan dan ketakwaan, akhirnya mengheret manusia dalam kancah sengketa sesama sendiri.

Dalam konteks ini, Allah memerintahkan Rasulullah untuk menyampaikan pernyataan tegas melalui firman-Nya bermaksud: “Katakanlah wahai Tuhan kami! Yang mempunyai kerajaan, Engkau yang menganugerahkan kekuasaan bagi siapa yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang engkau kehendaki, dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki,dalam tanganMu segala kebajikan,sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala kebajikan,sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (surah Ali-Imran ayat 26).

Dalam konteks ini, Rasullullah SAW setiap habis solat membaca doa yang bermaksud: “Tuhan kami, sesungguhnya tidak ada sesiapa yang dapat menghalang perkara yang telah engkau kurniakan dan tidak ada sesiapa yang boleh mengurniakan apa sahaja yang engkau halangi dan tidak akan memberi manfaat oleh mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dari apa yang Allah kehendaki.”……

Bersama kita fikirkan.....

Menjunjung Kesarjanaan,Menjulang Institusi

“Menjunjung Kesarjanaan,Menjulang Institusi”

Disini,lahirnya nilai kebitaraan,
Mendidik diri menjadi pemikir,
Sebagai entiti yang berguna untuk masyarakat,
Menjadi sumber aspirasi untuk anak bangsa.

Menanam kesajarnaan melalui pemikiran,
Menbenihkan keintelektualan dengan kesabaran,
Membangunkan diri semampu diri,
Merentasi aksara wajib untuk difikirkan.

Mengembleng tenaga, menyatukan hati,
Membina unggul, kesejahteraan diri,
Merencana pemikiran, mematangkan diri,
Menggapai impian yang abadi.

Kepada anak-anak bangsaku,
Kita kini berada dalam ambang mimpi,
Ambang kahayalan mengusai diri,
Belum terlambat untuk menyedarkan diri.

Bangunlah,
Bangkitlah,
Sedarlah,
kita teruskan perjuangan ini,
kita bangunkan nilai diri,
meletakkan diri kepada kedudukan yang sebenar…..

Universiti Malaysia Sabah.

Sunday, April 10, 2011

Dulu, Kini dan Selamanya,Ianya Tetap Abadi

Dulu, Kini dan Selamanya,Ianya Tetap Abadi.
(Didekasikan untuk semua sahabat yg sudi menghayatinya)


Dulu,
Bermulanya seraut cerita kampung tradisi,
Mencanang pemikiran mencambahkan ilmu,
Amat payah untuk mempelajari setiap aksara,
Dijambatan penghubung silaturrahim kita.

Dulu,
Bermain bersama setiap senja hari,
Hati terhibur melihat lunak manjanya diri,
Bersama setiap ketika waktu,
Dicari ketika tiada untuk memenuhi ruang halaman.

Kini,
Masa berlalu meniti kedewasaan,
Kematangan menjenguk dalam diri,
Kita terpisah jauh, hilang entah kemana,
Tidak dicari lagi, tidak diperlukan lagi.

Kini,
Ungkapan waktu merajai diri,
Masa berlalu meniti hari,
Meneruskan mahwaddah diri tanpa kalian,
Berkirimsalam dengan desiran angin yang bertiup.

Kini,
Hanya doa dititipkan,
Airmata dialirkan,
Moga kenangan itu bersemadi diingatan,
Sekelumit naluri jauhari peribadi kita,

Selamanya,
Kita tetap bersama dalam lipatan minda,
Kita akan terlipat dalam angan waktu,
Kita tetap satu dalam memori ingatan,
Bersama selamanya dalam genggaman jiwa.

Selamanya kita tetap bersama,Ianya tetap abadi………


Kg Raganan Laut,
Jalan Mengkabong,Tuaran.
Sabah.

Zaman Pra Siswazah Universiti Malaysia Sabah..(2008-2011).


Setelah berada hampir 3 tahun di UMS, saat terakhir telah pun tiba...kemasukan pada 28.Jun.2008 telah lalu menjadi sejarah manis dalam kehidupan sebagai seorang PRA SISWAZAH...Alhamdulillah, rasa kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT...

      Ceritanya bermula begini, seingat saya penghujung Jun 2008 saya telah mendapat tawaran masuk ke Universiti Malaysia Sabah, mulanya agak terkejut dan rasa teruja mendapat tawaran dan jemputan daripada UMS untuk masuk ke UMS sebagai seorang pelajar..Alhamdulillah...

      Pada awal kemasukan,terasa cabaran,ujian dan pelbagai ujian yang dirasai, sehinggakankemuncaknya pada minggu ke4 pengkuliahan semester 1 sesi 2008/20009 dimana saya 'mencuba" untuk berhenti daripada pengajian di UMS.."IDEA" untuk "berhenti" diserahkan kepada Abang Jamadi Uttu Diki (IPK Pahang) dan menyatakan "IDEA" itu perlu diserahkan kepada kedua ibubapa (AYAHANDA UTTU DIKI dan BONDA OTO/Kg Raganan Laut,Tuaran,Sabah) kerana mereka yang selayaknya beri keputusan terhadap "IDEA" ini...Lantaran itu, "IDEA" ini diserahkan kepada mereka melalui penggilan "HANDPHONE" dari bilik 1.13 Blok D Kolej Kediaman A UMS kepada Ayahanda Uttu Diki Hj Din di Kg Raganan Laut,Tuaran...Setelah berbincang mengenai "IDEA" tersebut, ayah meminta saya untuk "balik kg" untuk proses "PERUNDINGAN DGN KELUARGA"....apa tidaknya perlu melibatkan keluarga, anak kedua dalam keluarga besar (ALLAHYARHAM HJ DIN EMUD & PUAN HAJJAH SERIA RUGA) sebelah ayah dan anak pertama dalam keluarga besar sebelah bonda (ALLAHYARHAM GOMBUR DUMAN & PUAN TUMAAR SIPAI) yang berjaya masuk ke "MENARA GADING"..so, keputusan bukanlah dari diri sendiri tetapi keputusan dari keluarga..akhirnya, ayah dan bond  "merestui idea" tersebut....;-(....dengan harapan yang sedih terpancar diwajah mereka..saya memikirkan sekali lagi "IDEA" tersebut..dan mengatakan 'YA" kepada "IDEA" tersebut dan memanjangkan kepada Ketua Program Geografi UMS ketika itu yang kini Timbalan Dekan SSS Dr Mohammad Tahir Mapa melalui panggilan dari teratak kecil di Kg Raganan Laut,Tuaran ke nombor h/p Dr Tahir ketika itu dan......Dr Tahir menjemput saya datang kebilinya utk "SESI RUNDINGAN".....saya semakin tersepit dan memikirkan kata-kata yang diberikan oleh Dr Tahir..."memandangkan Asnawi terlalu awal dan muda di UMS,,,try dlu 1 sem nie..cuba dulu, kemudian baru Asnawi memikirkannya dan selepas 1 sem nanti, jumpa saya balik"...ujar Dr Tahir ketika itu..berderai airmata depan Dr Tahir...rasa tersepit...saya batlakan "IDEA" itu dengan berani serta bangkit dgn kata-kata semangat yang diberikan oleh Dr Tahir....

      Mencuba dan terus mencuba...sem 1 berakhir,sem 2 habis, sem 3 dah lalu, sem 4 dah tamat,sem 5 pun dah jadi sejarah..kini sem 6/sem akhir dilalui..

      Alhamdulillah, terbukti kesabaran itu adalah kekuatan utama yang perlu ada dalam seorang pelajar...
ucapan penghargaan diberikan kepada sahabat-sahabat seperjuangan di UMS yang banyak membantu tatkala dalam kesusahan...terlalu ramai utk di sebut , terlalu banyak kenangan utk dikenang,terlalu istimewa utk direnungkan..kepada semua diucapkan berbanyak2 terima kasih dan sekalung penghargaan...Terima Kasih Daun Keladi...Semuanya akan dihargai sehingga akhir hayat...InsyaAllah...;-)

Dari Tuaran Datang Bertandang,
Menyemai Iman Menuai Taqwa,
Salam Ingatan Kasih dan Sayang,
Moga Allah Berkati Usaha.

Terima Kasih Atas Segalanya......